Tuesday, January 12, 2016

AKU ANAK NELAYAN

Perjalanan ini sungguh memeritkan.

Penuh dengan cabaran dan dugaan tapi aku laluinya dengan bersahaja tanpa terlalu memikirkanya. Kerana aku tahu ianya akan berlalu pergi begitu sahaja.

Aku dibesarkan disebuah kampung yang terletak di pendalaman Sarawak. Ayah aku sebagai seorang nelayan sepenuh masa dan Ibu aku seorang suri rumah.

Kehidupan kami sederhana sahaja. Cukup sekadar untuk hidup sahaja dan tidaklah semewah rakan-rakan aku yang lain. 

Dibesarkan dengan serba kekurangan oleh Ayah aku. Namun dia selalu mengajar aku erti hidup dengan membawa aku turun ke laut tidak kira siang atau malam. Sejak aku berumur 5 tahun lagi aku sudah bergelar sebagai nelayan cilik oleh orang kampung. Sehingakan ada gosip liar mengatakan aku diajar dengan cara yang salah oleh Ayahku. Tapi bagi aku, itulah kehiduapn yang menghiburkan aku. Berada di tengah laut dalam pada waktu malam ditemani bulan dan bintang sangat mendamaikan.

Pernah aku lemas kerana terjatuh dari perahu usang ayahku. Cerita itu terpahat dalam hatiku sejak sekian lama. 

Ayah seorang yang kasar mendidik aku sejak kecil. Pernah aku dipukul dengan teruk. Diikat pada dahan poko. Dibaling ke dalam parit. Sehinggakan jiran aku kesian dengan aku. Namun begitu, didikan Ayah aku itu adalah terbaik bagi aku sehingga sekarang.

Walaupun ayahku tidak padai membaca dan menulis, namun di bijak mengatur dan mengurus keluarga. Sehingga satu ketika, Ayah aku tidak lagi menjadikan nelayan sebagai pendapatan utama. 

Diperkenalkan dengan satu perniagaan baru oleh sahabat dari kampung sebelah merubah nasib kami sekeluarga. 

Ayah jarang turun ke laut. Hanya akan menangkap ikan jika ada masa lapang. 

Jika dahulunya ayah ada dua buah kapal. Kini, hanya tinggal satu kapal sahaja. 

Terima kasih Ayah.


Tuesday, August 18, 2015

A.K.U

Salam...

Banyak gilak nak dijaga sampey blog lamak lupak password. Jadi, saya mukak cerita baru ajak la... jiwa sebagai penulis tetap ada walaupun lamak x mengarang cerita panjang lebar di blog.

Blog tok saya jadikan sebagai diari hidup saya. Kisah suka dan suka. Ceria dan tangis semua ada dalam tok. Siapa saya? Ya ktkorg pun boleh menilai/

Sekian!